Hidupan laut yang rupanya didakwa seakan dengan makhluk asing dilaporkan hanyut dalam jumlah besar di pantai timur Australia, minggu lalu. Akhbar Daily Star melaporkan, penemuan itu menarik ramai pihak bukan sahaja penduduk tempatan sebaliknya pengkaji biologi marin.
Blue Fleet adalah jenis siput laut, blue Glaucus, ada pula yang menyebut malaikat biru (Blue Angel), juga dikenali dengan nama lain Blue Dragon, salah satu spesies siput laut, nudibranch.
Pelajar biologi marin yang juga seorang jurugambar, Lawrence Shceele berkata, habitat asal Blue Fleet atau nama saintifiknya, blue Glaucus terletak di laut dalam. Angin kencang yang melanda timur laut Sydney mungkin menyebabkan hidupan laut dalam dihanyutkan ke pesisir pantai berkenaan.
Shceele mengikuti perjalanan hidupan yang dinamakan Blue Fleet itu dari Queensland Utara pada musim panas lalu sehinggalah ke pantai timur Sydney.
"Makhuk berwarna biru yang cantik ini dihanyutkan di perairan Sydney hari ini. Mana satu kesukaan anda?," kongsi Scheele di Instagram, miliknya.
Biarpun bersaiz kecil iaitu kira-kira satu sentimeter, hidupan ini memiliki sifat sama seperti obor-obor jenis Portuguese man-o-war yang boleh menyebabkan kesakitan teruk kepada seseorang sekiranya disengat.
"Sesetengah hidupan jenis ini adalah berbisa, jadi lebih baik tidak disentuh. Blue Fleet juga sangat kecil, jadi berhati-hatilah jika terjumpa hidupan ini di tepi pantai," katanya.
EmoticonEmoticon