Digelar 'Bandar Hantu' Tebiar Puluhan Tahun, Kota Ini Terletak Ditengah Lautan



pulau Hashima kini digelar bandar Hantu.

Pulau Battleship Island atau dalam bahasa Jepun disebut Gunkanjima adalah sebuah 'kota' usang yang terletak ditengah lautan. Nama sebenar pulau ini adalah Hashima, kira-kira satu jam perjalanan dari pantai barat Nagasaki untuk sampai ke pulau ini.

Dinding konkrit setinggi 12 meter dari paras laut mengelilingi pulau yang membentuk seperti sebuah kapal. Pada awalnya, tempat ini hanyalah kawasan lombong arang batu, disebabkan perjalanan ulang-alik dari tanah besar agak jauh. Pulau ini kemudian dijadikan penempatan pelombong bersama keluarga masing-masing dari tahun 1950 hingga 1974.

Tahun 1960-an, merupakan tahun paling padat penduduk kira-kira 5,000 orang apabila ia dibangunkan menjadikan sebuah bandar. Hampir kesemua kemudahan diwujudkan di pulau ini dengan pelbagai jenis kedai, restoran, sekolah, pawagam, hospital dan terdapat beberapa kolam renang.

Beberapa tahun kemudian pada tahun 1974, ia telah ditutup apabila permintaan terhadap arang batu merosot disebabkan minyak Petroleum mengambil alih sebagai bahan bakar. Kesemua pelombong arang batu dan keluarga mereka berpindah ke bandar-bandar yang lebih besar mencari pekerjaan lain.

Sejak itu, pulau Hashima tidak berpenghuni beberapa dekad. Dalam tempoh itu tiada siapa yang mengunjungi pulan ini, mungkin disebabkan tempat ini terdedah dan berbahaya, seringkali dilanda taufan dan ribut sehingga kewujudan pulau ini seakan telah dilupakan.

Bandar Hashima, bandar hantu

Bandar Hashima, bandar hantu


Pulau Hashima mula mendapat perhatian pada tahun 2008 apabila sebuah organisasi mencadangkan, pulau ini diwartakan salah satu warisan dunia UNESCO. Selain itu, pulau ini semakin terkenal apabila dijadikan salah satu lokasi pengambaran filem terkenal Skyfall siri James Bond 007.

Pada tahun 2009, pulau ini kemudian dibuka kepada umum untuk tujuan pelancongan dan ramai pelawat mula mengunjunginya. Pun begitu, tidak ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di pulau ini. Pengunjung hanya dapat mengamati runtuhan-runtuhan bangunan dalam persekitaran yang menakutkan.

Bagaimanapun, bagi pengunjung yang datang cari kelainan, mungkin tempat ini sesuai bagi mereka. Banyak harta benda dan kelengkapan masih terdapat di sini yang ditinggalkan penduduknya. Selepas Pulau ini dibuka kepada umum atas tujuan pelancongan, ciri-ciri keselamatan dipasang untuk kemudahan pelancongan.

Hashima city, ghost city






Bandar Hashima, bandar hantu


EmoticonEmoticon