Terletak di antara dua wilayah Siberia iaitu Sayan dan Altai, berdekatan dengan sempadan Mongolia. Runtuhan purba yang terkenal dengan nama Por Bajin ini dipercayai dibangunkan sekitar 1300 tahun lalu, antara 744 hingga 840 Masehi. Runtuhan misteri ini pertama kali ditemui pada tahun 1891.
Meski pada pandangan pertama terlihat seperti benteng dengan dinding yang tinggi dan barisan bangunan tersusun rapi, kita tetap masih merasa bingung ketika melihat lebih dekat kerana reka bentuknya yang unik. Namun, sehingga sekarang tidak dapat dipastikan atas tujuan apa tempat ini dibina, dan mengapa ditinggalkan.
Pada tahun 2007, para ahli penyelidik mendapat sedikit gambaran untuk merungkai misteri itu apabila menemukan adanya pengaruh budaya Tiongkok di Por Bajin. Perkara itu merujuk pada penggunaan jubin tertentu serta kaedah pembinaan bangunan itu hampir mirip dengan peradaban China purba.
Para ahli percaya struktur runtuhan berusia 1300 tahun ini pada awalnya mungkin merupakan istana musim panas ketika kekuasaan Uighur. Beberapa penyelidik lain juga percaya bahawa pulau tersebut mungkin pernah menjadi tuan rumah sebuah kuil Buddha atau Manichaean. Pendapat lain juga mengatakan ada kemungkinan tempat tersebut merupakan benteng pertahanan.
Semakin banyak spekulasi dan pendapat berkaitan tempat ini, namun tidak satu pun yang benar-benar merungkai misteri runtuhan tersebut. The Por-Bajin Cultural Foundation, web rasmi yang bertanggungjawab menyelidik runtuhan ini pernah menyatakan bahawa, Por Bajin dibangunkan pada kekuasaan Uighur sekitar 744 hingga 840 masehi.
Namun, belum jelas apa tujuan mereka membina benteng di tempat terpencil yang jauh dari permukiman besar dan laluan perdagangan ini. Masih banyak misteri Por Bajin belum terjawap dan terus diperdebatan hingga kini. Adakah tasik yang ada sekitar Por Bajin sengaja dibuat? Jika betul begitu, pasti ada tujuan tertentu disebalik itu semua. Apapun persoalannya, Por Bajin masih menjadi misteri dunia hingga sekarang.

EmoticonEmoticon