Gunung Roraima digelar sebagai dunia yang hilang dari zaman purba ini merupakan kawasan paling mempesona di dunia, dengan kombinasi aneka keindahan alam semulajadi yang sungguh menakjubkan. Bayangkan saja, ditempat ini terdapat pemandangan semulajadi yang unik membuat kamu seolah-olah berada di dunia dongeng.
Di Gunung ini terdapat air terjun, kolam semulajadi, pantai berpasir, formasi karang, kabus, lembah kristal, retakan gunung dan Sabana. Ia merupakan formasi geologi gunung meja tertua di bumi yang terpisah dari dunia luar sejak 2 bilion tahun yang lalu. Puncak tertingginya adalah Maverick Rock setinggi 2810 meter dari permukaan laut.
Di dataran gunung ini juga terdapat tumbuhan dan spesies haiwan yang unik berbeza daripada apa yang pernah kita kenali, antaranya Roraima bellflower, katak Roraima bush (Oreophrynella quelchii), rapatea heather dan pitcher plant. Flora dan fauna yang wujud di atas puncak Roraima kini dikelaskan dalam spesies terlindung.
Dalam bahasa Sepanyol, Gunung Roraima disebut Monte Roraima atau dikenal sebagai Tepuy Roraima dan Cerro Roraima. Roraima merupakan gunung tertinggi dari rantai Pakaraima dari dataran tinggi Tepuy di Amerika Selatan. Pada 1595, Sir Walter Raleigh mengatakan keluasan puncak gunung ini sekitar 31 kilometer persegi dan tebingnya setinggi 1300 kaki.
Gunung ini terletak di Amerika Selatan merupakan sempadan antara negara Venezuela, Guyana dan Brazil. Dataran Gunung Roraima adalah salah satu tempat luar biasa di dunia. Biasanya pengunjung yang datang di gunung ini melalui Taman Nasional Canaima di tenggara Venezuela.
Kebanyakan penyelidik yang datang di dataran Gunung Roraima berhasil mendapatkan banyak penemuan luar biasa. Para ahli penyelidik sepakat bahawa lingkungan di Roraima itu tidak terusik selama jutaan tahun kecuali akibat gerusan angin dan air. Tumbuhan yang hidup di ketinggian hampir 3 kilometer ini sangat unik, beradaptasi dengan lingkungan yang keras.
Curah hujan turun tidak henti sepanjang tahun, dan hampir seluruh permukaan tertutup pecahan batuan pasir. Keadaan ini nyaris tidak memungkinkan tanaman lasak yang berakar panjang mampu bertahan hidup di sini. Struktur tanah yang rapuh dan kurang nutrisi ini hanya mampu ditumbuhi tanaman perintis ketogeri lumut.
Dari segi flora, banyak ditemui tumbuhan yang berevolusi menjadi tumbuhan karnivora (pemakan daging). Sangat mudah menemui tumbuhan yang menyerupai Semar Paya, beberapa spesies sundew (rangkaian tanaman berduri mirip kaktus) dan bladderwort (sejenis lumut rumput). Ketiga-tiga jenis ini adalah tanaman indah yang punya reputasi sebagai karnivora memakan serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain.
Haiwan-haiwan kecil yang berada di gunung ini kehilangan kemampuan penglihatan. Namun, ia mampu bertahan hidup sekiranya tumbuhan karnivora tidak memangsanya. Ada juga haiwan yang tidak mampu berenang dan hanya bergerak perlahan secara merangkak. Kerana tempat ini sungguh misteri maka tidak hairanlah jika disebut sebagai dunia yang hilang.
Gunung ini kelihatan sangat unik, menjulang tinggi terbentuk dari batuan dan tanah yang diukir oleh angin dan hujan, bagaikan sebuah tiang besar mengongkat awan. Aliran air yang terdapat di dataran mengalir deras menuju tebing dan jatuh menjadi air terjun, merupakan air terjun yang tertinggi di dunia. Aliran air yang kemudian bersatu dengan sungai Amazon.
Oleh kerana tempat ini sangat menakjubkan, justeru menjadi inspirasi dalam filem animasi karya Disney Pixar. Dalam satu dokumentasi diceritakan bahawa Tim Pixar mendaki gunung ini untuk mengambil gambar, dan memindahkannya dalam bentuk animasi. Kerana tempatnya yang begitu indah tempat ini juga selalu dijadikan lokasi mengambil gambar.
Keadaan yang sukar di dataran Roraima menjadi mimpi buruk bagi semua lingkungan kehidupan yang kita kenali. Namun ekosistem yang terbentuk di gunung ini menjalin suatu rantai komuniti yang magik dan menakutkan dalam kacamata manusia. Dari segi cara bertahan hidupan ini seperti hukum rimba 'yang terkuat akan bertahan'.
Haiwan-haiwan kecil yang berada di gunung ini kehilangan kemampuan penglihatan. Namun, ia mampu bertahan hidup sekiranya tumbuhan karnivora tidak memangsanya. Ada juga haiwan yang tidak mampu berenang dan hanya bergerak perlahan secara merangkak. Kerana tempat ini sungguh misteri maka tidak hairanlah jika disebut sebagai dunia yang hilang.
Gunung ini kelihatan sangat unik, menjulang tinggi terbentuk dari batuan dan tanah yang diukir oleh angin dan hujan, bagaikan sebuah tiang besar mengongkat awan. Aliran air yang terdapat di dataran mengalir deras menuju tebing dan jatuh menjadi air terjun, merupakan air terjun yang tertinggi di dunia. Aliran air yang kemudian bersatu dengan sungai Amazon.
Oleh kerana tempat ini sangat menakjubkan, justeru menjadi inspirasi dalam filem animasi karya Disney Pixar. Dalam satu dokumentasi diceritakan bahawa Tim Pixar mendaki gunung ini untuk mengambil gambar, dan memindahkannya dalam bentuk animasi. Kerana tempatnya yang begitu indah tempat ini juga selalu dijadikan lokasi mengambil gambar.
EmoticonEmoticon