Memaparkan catatan dengan label MisteriDunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MisteriDunia. Papar semua catatan

Misteri Jalan Keningau-Kimanis Yang Sering Mengundang Kemalangan Maut


KOTA KINABALU - Kereta bergerak sendiri menaiki bukit, botol minuman yang diletakkan atas jalan bergolek naik ke atas. Fenomena ini suatu ketika dulu dipercayai ada unsur kuasa mistik. Kepercayaan itu ditambah lagi dengan keadaan jalan yang sering mengundang kemalangan maut.

Tidak hairanlah jika penduduk tempatan berasakan kawasan ini sebagai 'keras' dan takut melaluinya ketika malam. Jalan Keningau ke Kimanis jaraknya sekitar 53 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan untuk sampai ke simpang Kimanis. Jalanraya ini dahulunya merupakan laluan mengangkut kayu balak oleh syarikat-syarikat pembalakan.

Kini, setelah dinaik taraf jalanraya Keningau-Kimanis merupakan jalan utama dari daerah Keningau ke bandar Kota Kinabalu. Boleh dikatakan jalan raya inilah digunakan oleh pengusaha teksi dan bas dari pekan Keningau Ke Kota Kinabalu saban hari.



Percaya atau tidak terdapat satu bukit di kilometer 11 dinamakan 'bukit ajaib' oleh sesetengah pengguna jalanraya. Apabila kereta kita letakkan dalam posisi gear free sepatutnya kereta tersebut meluncur menuruni bukit, tetapi sebaliknya pula berlaku seolah-olah ditarik sesuatu menaiki bukit.

Inilah yang terjadi di lebuhraya Keningau-Kimanis di Sabah disebabkan terdapatnya tarikan yang membuatkan suatu benda bergerak ke atas bukit dengan sendirinya. Tidak semua tempat disepanjang lebuhraya ini mempunyai tarikan graviti terbalik, hanya ada beberapa kawasan mempunyai tarikan sebegini.

Ada kawasan yang mempunyai tarikan tetapi sangat lemah, dan ada pula kawasan yang mempunyai tarikan yang kuat sehingga mampu menggerakkan sebuah kenderaan. Secara logik jika benda bulat diletakkan di situ, benda itu sepatut akan bergolek ke bawah tetapi sebaliknya terjadi pula.



Itulah antara keunikan bukit ajaib yang terdapat di jalan Keningau-Kimanis yang dianggap mistik oleh sesetengah orang. Fenomena di kawasan lebuhraya yang melalui Banjaran Crocker ini sebenarnya bukanlah mainan kuasa mistik sebalik kerana adanya tarikan graviti. Fenomena sama turut dikesan di beberapa tempat di seluruh dunia.

Antaranya di Wadi Al Jinn di Madinah, Los Banos di Filipina, Gunung Leh di India, Pulau Jeju di Korea Selatan, Gensu di China, beberapa tempat di England, Amerika Syarikat dan Australia. Seorang pakar Fizik Profesor iaitu Brock Wiess, merupakan individu yang menjalankan kajian terhadap fenomena graviti terbalik ini.

Beliau membuat kesimpulan berkata, bahawa bukit hanyalah ilusi dan apabila dikaji, kawasan itu sebenarnya lebih rendah dalam ketinggian daripada kawasan permulaan. Ilusi optik akan menyebabkan pokok dan cerun di sesuatu kawasan itu kelihatan lebih tinggi tetapi hakikatnya ia berada di cerun dan menuruni bukit.

Katanya, otak manusia adalah satu perkara yang berkuasa, tetapi ia boleh terpedaya dalam pelbagai cara. Lantaran itu ramai yang beranggapan graviti terbalik sebagai satu fenomena alam, yang mungkin berpunca daripada kehadiran batuan magnet, tetapi hakikatnya ini adalah ilusi optik tegasnya.

Gunung Roraima digelar 'lost world' terpisah dari dunia luar sejak 2 bilion tahun lalu


Bila berbicara mengenai zaman purba, pasti fikiran kita teringat akan haiwan gergasi seperti Dinosaur, serta habitatnya yang kini telah berubah menjadi kota-kota moden. Tidak banyak tempat atau haiwan dari zaman purba yang masih bertahan hidup hingga ke hari ini. Namun tahukah kamu bahawa ada tempat dari zaman purba masih bertahan hingga masa kini iaitu Gunung Roraima.

Gunung Roraima digelar sebagai dunia yang hilang dari zaman purba ini merupakan kawasan paling mempesona di dunia, dengan kombinasi aneka keindahan alam semulajadi yang sungguh menakjubkan. Bayangkan saja, ditempat ini terdapat pemandangan semulajadi yang unik membuat kamu seolah-olah berada di dunia dongeng.

Di Gunung ini terdapat air terjun, kolam semulajadi, pantai berpasir, formasi karang, kabus, lembah kristal, retakan gunung dan Sabana. Ia merupakan formasi geologi gunung meja tertua di bumi yang terpisah dari dunia luar sejak 2 bilion tahun yang lalu. Puncak tertingginya adalah Maverick Rock setinggi 2810 meter dari permukaan laut.

Di dataran gunung ini juga terdapat tumbuhan dan spesies haiwan yang unik berbeza daripada apa yang pernah kita kenali, antaranya Roraima bellflower, katak Roraima bush (Oreophrynella quelchii), rapatea heather dan pitcher plant. Flora dan fauna yang wujud di atas puncak Roraima kini dikelaskan dalam spesies terlindung.





Dalam bahasa Sepanyol, Gunung Roraima disebut Monte Roraima atau dikenal sebagai Tepuy Roraima dan Cerro Roraima. Roraima merupakan gunung tertinggi dari rantai Pakaraima dari dataran tinggi Tepuy di Amerika Selatan. Pada 1595, Sir Walter Raleigh mengatakan keluasan puncak gunung ini sekitar 31 kilometer persegi dan tebingnya setinggi 1300 kaki.

Gunung ini terletak di Amerika Selatan merupakan sempadan antara negara Venezuela, Guyana dan Brazil. Dataran Gunung Roraima adalah salah satu tempat luar biasa di dunia. Biasanya pengunjung yang datang di gunung ini melalui Taman Nasional Canaima di tenggara Venezuela.

Kebanyakan penyelidik yang datang di dataran Gunung Roraima berhasil mendapatkan banyak penemuan luar biasa. Para ahli penyelidik sepakat bahawa lingkungan di Roraima itu tidak terusik selama jutaan tahun kecuali akibat gerusan angin dan air. Tumbuhan yang hidup di ketinggian hampir 3 kilometer ini sangat unik, beradaptasi dengan lingkungan yang keras.

Curah hujan turun tidak henti sepanjang tahun, dan hampir seluruh permukaan tertutup pecahan batuan pasir. Keadaan ini nyaris tidak memungkinkan tanaman lasak yang berakar panjang mampu bertahan hidup di sini. Struktur tanah yang rapuh dan kurang nutrisi ini hanya mampu ditumbuhi tanaman perintis ketogeri lumut.


Keadaan yang sukar di dataran Roraima menjadi mimpi buruk bagi semua lingkungan kehidupan yang kita kenali. Namun ekosistem yang terbentuk di gunung ini menjalin suatu rantai komuniti yang magik dan menakutkan dalam kacamata manusia. Dari segi cara bertahan hidupan ini seperti hukum rimba 'yang terkuat akan bertahan'.

Dari segi flora, banyak ditemui tumbuhan yang berevolusi menjadi tumbuhan karnivora (pemakan daging). Sangat mudah menemui tumbuhan yang menyerupai Semar Paya, beberapa spesies sundew (rangkaian tanaman berduri mirip kaktus) dan bladderwort (sejenis lumut rumput). Ketiga-tiga jenis ini adalah tanaman indah yang punya reputasi sebagai karnivora memakan serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain.

Haiwan-haiwan kecil yang berada di gunung ini kehilangan kemampuan penglihatan. Namun, ia mampu bertahan hidup sekiranya tumbuhan karnivora tidak memangsanya. Ada juga haiwan yang tidak mampu berenang dan hanya bergerak perlahan secara merangkak. Kerana tempat ini sungguh misteri maka tidak hairanlah jika disebut sebagai dunia yang hilang.

Gunung ini kelihatan sangat unik, menjulang tinggi terbentuk dari batuan dan tanah yang diukir oleh angin dan hujan, bagaikan sebuah tiang besar mengongkat awan. Aliran air yang terdapat di dataran mengalir deras menuju tebing dan jatuh menjadi air terjun, merupakan air terjun yang tertinggi di dunia. Aliran air yang kemudian bersatu dengan sungai Amazon.

Oleh kerana tempat ini sangat menakjubkan, justeru menjadi inspirasi dalam filem animasi karya Disney Pixar. Dalam satu dokumentasi diceritakan bahawa Tim Pixar mendaki gunung ini untuk mengambil gambar, dan memindahkannya dalam bentuk animasi. Kerana tempatnya yang begitu indah tempat ini juga selalu dijadikan lokasi mengambil gambar.